Thursday, June 30, 2011

Pengguna Lalai atau Pengguna Salai

Selamat Pagi semua, hari ini aku bangun awal sebab kene kacau daun dengan madam umah. Baru nak syok tedo dah kene kacau. Takpa lah elok jugak bangun awal ni leh la aku godek-godek internet seperti biasa. Agak kat rumah ni dah lama tak bukak paper hahahaha tak ada citer menarik pon sebab berita sumer mengarut. Pagi ni pulak tetiba teringin nak bukak berita Metro ternampak la article tentang  Masih lalai hak pengguna bertarikh 1/7/2011 tentang kerajaan a.k.a KPDNKK yang mengatakan bahawa mereka amat kecewa dengan sikap rakyat Malaysia ni yang ala-ala tahap kesedaran tentang hak pengguna yang ciput....!!~



Ni la jawapan aku untuk mereka


Bullshit...!! BinGo..!!

Konon kecewa dengan sikap rakyat yang tahap kesedaran pengguna mereka pada tahap cipan...!! Konon-konon nya rakyat Malaysia ni selamba badak je biar peniaga-peniaga syarikat menjual harga barang yang tinggi menipu pembeli.

Tapi hangpa tidak sedar...!!

Sesuai sangat lah hangpa pikir la sendiri kan depa dok kondem hangpa ni cencalui tak pandai jaga hak pengguna walhal depa sedap je naik harga minyak, duk bazir duit buat projek pastu terbengkalai hatta membazir buat benda ngarut email 1Malaysia itu dan ini. Tu wallet tu.. kene seluk dengan depa... Cukai punya la tinggi.. hahahaha tapi tak pa. 
Korang tau ke apa itu hak pengguna..? 
Pengguna ialah setiap orang yang mendapatkan barangan dan perkhidmatan dari pasaran untuk kegunaan dirinya dan keluarganya.

Aku rasa istilah itu perlu ditukar jadi:
Pengguna ialah individu atau masyarakat yang mendapatkan barangan dan perkhidmatan dari pasaran sama ada swasta mahupun kerajaan untuk kegunaan dirinya dan keluarganya.
Sebab apa?  Sekarang kita buka sahaja dapatkan perkhidmatan dari NGO malah kerajaan sekali. Jadi dalam konteks ini definisi untuk PENGGUNA itu perlu ditukar. 


Korang tau ke badan/institusi apa yang berfungsi sebagai pelindung hak-hak pengguna ni? Bukan institut pengajian tinggi yer. Ada makcik sorang ni tanya aku? 


"Badan apa tu nak? isk makcik ni mana la tahu menatang tu. Macam sekolah ker macam badan beruniform tu.? Yang makcik tau beli barang je pastu balik"


hah makcik ni saya nak kasik makcik tahu. Badan hak-hak pengguna tu. Antara institusi-institusi yang melindungi hak-hak pengguna:
  1. Majlis Hal Ehwal Pengguna Kebangsaan (MHEPK)
  2. Majlis Penasihat Pelindung Pengguna Kebangsaan (MPPPK)
  3. Bahagian Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna
  4. Bahagian Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
  5. Agensi-agensi Kerajaan
  6. Majlis Hal Ehwal Pengguna Negeri dan Daerah
  7. Persatuan Pengguna
Patut la asik gagal je misi dorang nak kasik intelek kan rakyat Malaysia ni pasal hak pengguna. Korang tengok atas tu. Ada sekurang-kurangnya tujuh badan. Tapi sampai sekarang ni? hmm korang nilaikan la sendiri yer.


Dan kat bawah ni senarai hak-hak yang perlu korang ada. 
  • Hak Untuk Mendapat Keperluan Asas
  • Hak Untuk Mendapat Gantirugi
  • Hak Untuk Mendapat Pendidikan Pengguna
  • Hak Untuk Mendapat Alam Sekitar Yang Sihat dan Selamat
  • Hak Untuk Mendapat Keselamatan
  • Hak Untuk Mendapat Maklumat
  • Hak Untuk Membuat Pilihan
  • Hak Untuk Menyuarakan Pendapat
  • Hak Untuk Mendapat Keperluan Asas
  • Hak Untuk Mendapat Gantirugi
  • Hak Untuk Mendapat Pendidikan Pengguna
  • Hak Untuk Mendapat Alam Sekitar Yang Sihat dan Selamat
Hah amik ko. Banyak kan? Sebelum ni pergi kedai Ah Chong beli mee hoon RM2.30 dah rasa mahal pastu cakap kat Ah Chong apsal mahal? Ah Chong pon jawab "aiya lu bising-bising itu minyak naik ma.. you cakap sama itu najib la suluh dia tulun minyak ma.. baru boleh jual mee mulah ma.."

wakakaka Ah Chong pon pandai putar alam. Tanggungjawab yang korang perlu buat bila melibatkan Hak Pengguna. Ni kata mereka:

  1. Kesedaran Mengkritik
  2. Penglibatan dan Tindakan
  3. Tanggungjawab Sosial
  4. Tanggungjawab Alam Semulajadi
  5. Bersatupadu
Kan..? Makcik-makcik mesti dok tanya cane nak kritik? nak kritik ala-alam macam dalam AF, Mentor, MaharajaLawak tu ker..?




Ikut suka makcik la nak kritik mana pun. Hal kritik ni memang subjektif tak semua korang leh kritik. Kalau setakat kritik Ah Chong jual mee hoon RM2.30 je apa kesah kan.? cuba korang kritik pulak cara "Kerajaan Meniaga" mahu tak nya siap-siap lah hangpa nak kene cikai dengan depa.




Aku bukan niat nak menghasut sekadar berkongsi pengetahuan pasal hak pengguna tapi dalam masa yang sama korang fikir la kaedah yang diamalkan di Malaysia. Adakah semuanya dekat atas tu dapat dipraktikkan dengan betul? Nak kondem-kondem dari lalai skali dengan hangpa pun kene salai...




Lepas ni pegi kedai leh la komplain kat Ah Chong suruh dia pasang alat scan harga kat kedai runcit dia yer.

0 comments:

Post a Comment