Disebabkan otak dah taknak berjalan kan jadi pakcik pon pergi jumpa pakcik google mintak petua cerdaskan otak. Beliau pun kasik la petua ni
HOW TO BOOST UP YOUR BRAIN WITH "ASSUMPTION REVERSAL"Kan...?? ye la pakcik google ni kan keturunan omputih so dorang nyer bahasa la tue. Korang faham ker maksud dia...? Meh pakcik habaq. Maksud dia ialah "PEMBALIKKAN ANDAIAN" atau "ANDAIAN SONGSANG" la. Kenapa songsang..? korang tanyalah kamus dewan yer.. pakcik men taram je. Macam mana nak praktikkan...?
Pembalikkan Andaian ni maksud dia adalah teknik otak kiri yang dipraktikkan untuk memperkenalkan idea-idea teknik bervisi/wawasan kepada kumpulan yang tidak mengenalpasti keupayaan kretif mereka.Kebanyakan orang berasa paling selesa menggunakanotak kiri mereka, sehingga teknik ini membina keyakinan dalam kreativiti mereka dan secara beransur-ansur memecahkan mereka ke dalam proses pemikiran kreatif. Apabila teknik ini telah diperkenalkan dan dijalankan kepada keupayaan sepenuhnyadi, teknik berwawasan lain boleh diperkenalkan untuk terus kreatif berfikir dan meneroka.
Pakcik paham korang dah pening-pening lalat pakai eye more pon tak berkesan kan..? ok meh sini pakcik terangkan. Cara nak praktik senang je. caranya:
Bagaimana nak praktik?
Korang dikehendaki menuliskan andaian korang tentang sesuatu masalah atau isu. ala korang tulis je isu-isu atau masalah yang mudah. pastu korang dikehendaki untuk membalikkan Andaian tu kemudian pastikan adakah "Andaian yang sudah dibalikkan itu benar ke tidak"
contohnya:
Andaian 1: pesakit pergi ke klinik kesihatan
Andaian 1 setelah dibalikkan: klinik kesihatan pergi ke pesakit
Andaian 1 setelah dibalikkan sekarang dipanggil hospital tanpa batasan
Jadi apa yang berlaku?
Masa depan biasanya adalah pembalikan andaian pada masa sekarang. Balikkan perspektif dan andaian sekarang dan korang akan menjana satu visi yang boleh jadi apa-apa. Andaian mengstrukturkan realiti sosial.
Jika andaian diterbalikkan mengurangkan kos, meningkatkan kualiti dan meningkatkan akses, korang teruskanlah. Jika sebaliknya, korang buanglah/abaikan.
macam contoh kat atas tu logik kan...?? zaman dulu pesakit pergi klinik sekarang ni kalau kita tengok H1N1 sampaikan hospital buat klinik bergerak nak kasik vaccin H1N1. itulah gamaknye. Benda camni pun dianggap sebagai satu kaedah yang boleh asah minda kita.
0 comments:
Post a Comment