Tuesday, July 19, 2011

Kemusnahan Akibat Kemalangan Nuklear Dalam Sejarah

Three Mile Island 28 Mac 1979

Kemalangan Three Mile Island (AS – 1979) berada di bawah skala 5 nuklear. Pada tarikh 28 Mac 1979, pada waktu pagi, Three Mile Island stesen penjana nuklear terlibat dalam krisis nuklear pada loop kedua. Kemalangan nuklear ini menghasilkan 13 juta curie gas radioaktif ke atmosfera dan menyebabkan kerugian sebanyak USD 2,400. 10 kes mahkamah dikenakan pada pelbagai pihak berkuasa, tentang kemalangan ini, dan mereka mengambil 15 tahun lama untuk diselesaikan. Namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan

 
Goiania Accident 13 September 1987 

Lebih dari 240 orang terkena radiasi ketika sebuah syarikat besi buruk di Goiania, Brazil, itu membuka sebuah mesin terapi radioaktif tanpa menyedari menyebabkan cesium klorida bahan kecil yang sangat radioaktif, tersebar kepada orang ramai. Kemalangan itu terjadi pada tarikh 13 September 1987.

Kawasan di sekitarnya menjadi serius tercemar. Banyak bangunan diuji untuk kesan radiasi. Sebanyak 4 orang kehilangan nyawa dalam kemalangan ini. Kebanyakkan budak-budak tertarik dengan warna biru cerah dari bahan radioaktif itu, menyentuhnya dan menyapunya pada kulit mereka, sehingga pencemaran tersebar sehingga beberapa blok kota.

Winscale Pile 10 October 1957

Kemalangan itu terjadi pada 10 Oktober 1957 ketika api dinyalakan secara tidak terkawal dan terkena paip plutonium mencemarkan kawasan ladang. Pencemaran ini menyebabkan 33 mati akibat kanser. Ini adalah kemalangan nuklear terburuk dalam sejarah Britain, iaitu pada tahap 5 dari skala maksimum 7.

Kemalangan ini menyebabkan lebih 20.000 curie yodium-131, 594 curie cesium-137 dan 24.000 curie xenon-133, serta bahan radiasi lain. Kemalangan ini menyebabkan banyak kes kanser. Selain itu, ladang susu juga mengalami kesan radiasi, dan menjatuhkan jualan susu sebanyak 15%.

 Chalk River Nuclear Accident 12 Disember 1952
 
Chalk River Laboratory (CRL) adalah sebuah laman penyelidikan utama dan pembangunan bagi menyokong dan kemajuan teknologi nuklear, teknologi reaktor CANDU tertentu. Pada tarikh 12 Disember 1952, sebuah penutup reaktor gagal berfungsi, ditambah lagi kesalahan operator, menyebabkan dua kali ganda keluaran gas radioaktif.

Beribu curie bahan radiasi dilepaskan ke atmosfera, dan satu juta galon air yang tercemar radioaktif dipam keluar dari ruangan bawah tanah dan “dibuang” dalam parit tidak jauh dari Sungai Ottawa.Jurutera nuklear di Tentera Laut Amerika Syarikat pada masa itu, yang kemudian menjadi Presiden AS, Young Jimmy Carter,terbabit dalam ratusan askar Kanada dan Amerika yang diperintahkan untuk menyertai dalam operasi pembersihan.

Castle Bravo 1 Mac 1954
 
Bikini Atoll, Micronesia Kepulauan di Lautan Pasifik merupakan tempat lebih dari 20 ujian senjata nuklear antara 1946 dan 1958. Castle Bravo adalah nama kod yang diberikan untuk uji AS pertama dari sebuah bom bahan bakar hidrogen kering. Ujian dilakukan pada tarikh 1 Mac 1954, di Bikini Atoll, Marshall Islands.

Ketika letupan berlaku, meninggalkan kawah kira-kira 6,500 kaki (2,000 m) dengan diameter 250 kaki (75 m) dalam. Castle Bravo adalah nuklear yang paling kuat yang pernah diletupkan oleh Amerika Syarikat, dengan 15 megaton yang jauh melebihi jumlah yang dianggarkan 4-6 megaton. Jika dibuat perbandingan, Castle Bravo adalah sekitar 1,200 kali lebih kuat daripada bom atom yang dijatuhkan di Hiroshima dan Nagasaki semasa Perang Dunia II. Selain itu, awan radiasi tercemar lebih daripada tujuh ribu batu persegi di Lautan Pasifik di sekitarnya, termasuk pulau-pulau kecil seperti Rongerik, Rongelap dan Utirik.

Puak pribumi menderita cacat sejak lahir. Sebuah kapal nelayan Jepun, Daigo Fukuryu Maru, yang berada kawasan sekitar disitu, menderita penyakit kanser dan kematian. Ikan, air dan tanah tercemar teruk, membuat Castle Bravo salah satu kemalangan nuklear terburuk.


Thursday, June 30, 2011

Pengguna Lalai atau Pengguna Salai

Selamat Pagi semua, hari ini aku bangun awal sebab kene kacau daun dengan madam umah. Baru nak syok tedo dah kene kacau. Takpa lah elok jugak bangun awal ni leh la aku godek-godek internet seperti biasa. Agak kat rumah ni dah lama tak bukak paper hahahaha tak ada citer menarik pon sebab berita sumer mengarut. Pagi ni pulak tetiba teringin nak bukak berita Metro ternampak la article tentang  Masih lalai hak pengguna bertarikh 1/7/2011 tentang kerajaan a.k.a KPDNKK yang mengatakan bahawa mereka amat kecewa dengan sikap rakyat Malaysia ni yang ala-ala tahap kesedaran tentang hak pengguna yang ciput....!!~

Maximumkan Otak Engkau

Aduyai dah lama dah pakcik tak update blog sibuk memanjang (padahal cuti semester duduk rumah ngadap laptop 24jam) hahaha sampai naik tepu dah otak pakcik ni. Final Year Project a.k.a wajib untuk lulus dan graduate tahun ini pon tak start lagi. Habislah.. duduk umah mencirit game. Naik sem terkebil-kebil jumpa supervisor. Otak ni cam dah tak boleh nak Go ON. So pakcik pon nekad siang tadi amik pinggan mangkuk dalam bilik yang dah siap digunakan untuk bertapa 2 minggu ke dapur. Kemudian Lipat comforter a.k.a gebor yang dah naik rumput dan cendawan pastu mandi kemudian barulah nak start misi pakcik semula.

Disebabkan otak dah taknak berjalan kan jadi pakcik pon pergi jumpa pakcik google mintak petua cerdaskan otak. Beliau pun kasik la petua ni

Wednesday, June 29, 2011

WARNING: CANNOT BE UPDATED

Arrgghhh tension dah tulis panjang lebar pastu tak boleh nak save draft. Hampeh kalau macam ni payah lah aku. Najib dah sebok dok tanya aku.

Najib: Wei hang bila nak updated blog hang ni. Aku dah bosan tunggu Obama dok tak sampai-sampai lagi nih.
Me: Sorry la PM wa agak sibuk nak download movie ni. Blog plak tak boleh nak update asik error je.



TENSEN TAK BOLEH NAK UPDATE BLOG....!!!~ GGRRrrrrRRRRrrRRrrr

Sunday, June 26, 2011

I'M BACK

Yay aku dah kembali. Sekian lama dah membisu kat blog aku. So I wanna start a new one. Something more fresh. Hmmm wat masa ni just wanna say Good Nite sebab dah ngantok main HON.

 So apa itu HON? biskut kah? ke sejenis pencuci baju? Hahaha HON tu adalah singkatan bagi Hero Of Newerth. Bagi gamers kat luar sana tu dorang tahu lah apa dia natang HON ni. Dia macam game DOTA dalam warcraft. Yes I'm dota fanatic. Huhuuhuhuu apa-apa pun harap korang sumer enjoy dengan weekend korang yer. Esok-esok je lah ye aku edit blog aku ni. Nak touch up plugin lagik kasik gempak. Ceh..!! wat gempak-gempak tapi klu xda orang nak baca pon x guna beb.. sesia... huhuhhhuhu k chowww...


GOTTA TO GO SLEEP NOW 

Wednesday, May 4, 2011

WILL BE BACK SOON

I'm gonna back soon after finished my Examination